Monday July 17, 2017
12:28 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Fasa kedua laluan MRT antara Kajang dan Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 4 petang ini. — Foto oleh Choo Choy MayFasa kedua laluan MRT antara Kajang dan Muzium Negara akan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 4 petang ini. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 17 Julai — Pengguna tren MRT, LRT dan Monorel akan menikmati tambang separuh harga bermula esok sehingga Hari Kebangsaan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika melancarkan fasa dua MRT1 di stesen Tun Razak Exchange di sini hari ini.

Najib turut mengumumkan tambang percuma fasa dua MRT1 yang bermula dari Muzium Negara ke Kajang sepanjang hari ini.

Laluan fasa dua MRT Sungai Buloh-Kajang yang menelan belanja RM21 bilion akan dibuka kepada orang ramai bermula 4 petang ini.

Projek MRT yang dapat disiapkan lebih awal turut mendapat pujian Najib apabila memberi penjimatan sebanyak RM2 bilion.

Laluan Sungai Buloh- Kajang merupakan pelan pertama MRT yang merangkumi kawasan Lembah Klang.

Laluan kedua MRT yang akan menghubungkan Sungai Buloh dengan Serdang dan Putrajaya dijangka siap pada 2022.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline