Sunday January 3, 2016
3:50 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Tidak sempat dibuka dengan rasmi pagi semalam, ‘pasar percuma’ masjid Panchor Jaya dekat Seremban dapat sambutan hangat sejak Jumaat. — Foto-foto oleh Ermizi MuhamadTidak sempat dibuka dengan rasmi pagi semalam, ‘pasar percuma’ masjid Panchor Jaya dekat Seremban dapat sambutan hangat sejak Jumaat. — Foto-foto oleh Ermizi MuhamadSEREMBAN, 3 Jan — Sehari sebelum program rasmi, orang ramai sudah tidak sabar-sabar lagi mengambil barang-barang terpakai yang didermakan orang ramai.

Barang-barang terpakai itu yang dikumpulkan di empat buah khemah di halaman masjid Kampung Panchor Jaya dekat sini mendapat perhatian ahli kariah sejak selepas solat Jumaat lagi.

Barang-barang yang diminati termasuk pakaian sekolah yang terpakai, alat tulis dan buku rujukan bersempena pembukaan sesi baru persekolahan 2016 esok.

Begitulah sambutan hangat program “pasar percuma” selama sehari yang julung-julung diadakan anjura jawatankuasa masjid tersebut semalam.

Pengurus projek tersebut Abdul Majid Hamzah berkata pihaknya menerima sambutan luar jangkaan daripada orang awam yang menderma pelbagai barangan terpakai milik mereka.

“Sebab itu kita benarkan orang ramai untuk mengambil barang-barang itu [secara percuma] semalam [Jumaat].

“Kalau kita simpan sampai hari ini pun [Sabtu], memang terlalu banyak dan tidak dapat dihabiskan dalam masa sehari,” katanya kepada ProjekMMO.

Program itu dijadual bermula 9 pagi semalam, selepas perarakan Maulidur Rasul peringkat Kampung Panchor Jaya dan dijangka berakhir jam 10 malamnya.

Terkejut dengan sambutan hangat ‘pasar percuma’ di masjid Panchor Jaya, penganjurnya Abdul Majid Hamzah bercadang menderma barangan tersebut jika masih banyak belum diambil. Terkejut dengan sambutan hangat ‘pasar percuma’ di masjid Panchor Jaya, penganjurnya Abdul Majid Hamzah bercadang menderma barangan tersebut jika masih banyak belum diambil. Abdul Majid sendiri terkejut atas kejayaan program tersebut walau turut mengakui program tersebut masih boleh diperbaiki lagi.

“Pertama kali dianjurkan, untuk mencari kesempurnaan itu memang mustahil. Memang kita akui ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki.

“Tetapi secara jujurnya saya sendiri agak terkejut dengan sambutan orang ramai sama ada yang menderma atau yang mengambil,” jelasnya.

ProjekMMO mendapati orang awam menyumbang pelbagai barangan terpakai seperti pakaian harian, kasut dan peralatan kelengkapan persekolahan masih baik dan boleh digunakan.

Abdul Majid menjelaskan masjid berhasrat mendermakan barangan tersebut kepada golongan memerlukan di luar Seremban jika tidak dapat dihabiskan dalam program sehari suntuk itu.

“Kita ada perancangan untuk sedekahkan barang-barang yang masih elok kepada golongan kurang berkemampuan atau anak anak yatim di luar Seremban atau hantar kepada mangsa-mangsa banjir,” jelasnya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline