Thursday December 7, 2017
10:52 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Dira Abu Zahar (tengah) mempertikai rakan artis yang tidak berkongsi sumbangan kerajaan melalui media sosial. ― Foto ihsan Instagram/Dira Abu ZaharDira Abu Zahar (tengah) mempertikai rakan artis yang tidak berkongsi sumbangan kerajaan melalui media sosial. ― Foto ihsan Instagram/Dira Abu ZaharKUALA LUMPUR, 7 Dis ― Ada saluran penggiat seni menyuarakan pandangan isu negara dan kos sara hidup dan bukannya melalui media sosial.

Dira Abu Zahar, pelakon dan juga exco Puteri Umno, berkata negara mengamalkan kebebasan bersuara tapi melalui salurannya, lapor Sinar Harian.

“Tidak semestinya bila bersama parti politik baharu boleh suarakan pendapat.

“Ada saluran yang lebih efektif berbanding hanya berbunyi di media sosial,” kata Dira, nama glamor Khaidhirah Abu Zahar.

Pelakon Fathia Latiff menegur kerajaan berhubung isu harga minyak dan banjir, manakala penyanyi Sheila Majid pula bersuara mengenai kos sara hidup.

Dira, juga seorang pengarah, mempersoal sama ada kenyataan rakan-rakan artis itu dibuat demi rakyat atau mewakili pendapat sendiri.

Tambahnya, beliau tidak selalu bercakap di media sosial kerana “tidak tahu pendapat kita bersifat peribadi atau untuk bantu rakyat”.

“Sebab itu kena berhati-hati lebih-lebih lagi media sosial orang mudah 'spin',” katanya, anak bekas seorang ketua menteri Melaka.

“Kadang-kadang kita tidak berniat pun hendak sokong sebelah sana [pembangkang] tetapi orang sudah berfikir begitu,” katanya lagi.

“Ada banyak lagi benda baik kerajaan buat, kenapa tidak kongsi?”

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline