Sunday August 13, 2017
2:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Khairy Jamaluddin tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai menteri walaupun terpilih sebagai atler Sukan SEA 2017. — Foto oleh Yusof Mat IsaKhairy Jamaluddin tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai menteri walaupun terpilih sebagai atler Sukan SEA 2017. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 13 Ogos — Walaupun terpilih menjadi atlet sukan polo Sukan SEA 2017 (KL2017) namun tugas menteri belia dan sukan tidak diabaikan, kata Khairy Jamaluddin.

Katanya, "tidak penting" beliau bermain atau tidak tetapi tanggungjawab menyediakan kontinjen terbaik demi muncul juara keseluruhan dan menjadi penganjur terbaik.

"Tak ada masalah sebab pemilihan semua dibuat oleh persatuan sukan. Jadi dari segi persiapan, saya tidak abaikan tanggungjawab saya sebagai menteri," katanya dalam wawancara Mingguan Malaysia.

"Kalau saya main ataupun tidak, saya telah menjalankan tangungjawab sebagai menteri untuk menyediakan kontinjen kita dan menyediakan Malaysia sebagai tuan rumah."

Ketua Pemuda Umno itu menganggap tekanan tersebut sebagai "perkara biasa" bagi orang politik sepertinya dan perlu berdepan dengannya.

"Bagi saya, yang penting kita muncul juara keseluruhan dan menjadi penganjur terbaik. Sama ada saya main atau tidak, itu tidak penting," katanya.

Khairy juga menolak tanggapan bahawa kejayaan KL2017 sebagai peluang terbaik untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Bukan saya yang rancang beberapa bulan sebelum pilihan raya, kita adakan Sukan SEA.

"Ini semua kebetulan apabila jadi begitu, kita kena pastikan kita menang, bukan wujudkan 'feel good factor' politik.

"Kita hendak menang sebab kita hendak menang. Itu sahaja," katanya lagi.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline