Last updated Wednesday, April 26, 2017 12:04 am GMT+8

Wednesday January 11, 2017
4:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis daerah Seberang Perai Tengah sedang mencari tujuh lelaki yang didakwa terlibat dalam kekecohan di sebuah restoran. — Paparan skrin Google Polis daerah Seberang Perai Tengah sedang mencari tujuh lelaki yang didakwa terlibat dalam kekecohan di sebuah restoran. — Paparan skrin Google BUKIT MERTAJAM, 11 Jan — Gara-gara dikritik kerana masakan tidak sedap, seorang tukang masak restoran di sini menyerang pelanggannya menggunakan pisau.

Pertengkaran mereka berdua turut dicampur beberapa pelanggan lain dengan membaling kerusi dan meja ke arah tukang masak itu, lapor portal Harian Metro.

“Tukang masak itu yang berang kemudian mengambil pisau serta menyerang pelanggan yang memarahinya sebelum itu dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Pelanggan terbabit luka di pipi kiri, dagu, dada serta lutut kiri manakala tukang masak mengalami kecederaan di kepala dan badan,” kata ketua polis daerah Seberang Perai Tengah.

ACP Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid juga berkata tukang masak, 53 tahun, dan pelangganya, 50 tahun, sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya.

Polis menjejak tujuh lelaki yang berada di restoran itu, di sebuah taman perindustrian ringan, ketika kejadian tersebut bagi membantu siasatan bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline