Thursday August 10, 2017
4:57 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

 Pelakon Shaheizy Sam diisytihar muflis dalam ruangan notis akhbar berbahasa Melayu. — Foto oleh Choo Choy May Pelakon Shaheizy Sam diisytihar muflis dalam ruangan notis akhbar berbahasa Melayu. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 10 Ogos — Pelakon Shaheizy Sam masih menunggu penjelasan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila namanya diisytiharkan sebagai muflis.

Pelakon Polis Evo itu berkata dirinya tidak tahu-menahu punca notis namanya disiarkan dalam akhbar kerana beliau tidak diberi sebarang amaran sebelumnya.

“Beberapa minggu lalu, wakil mereka ada datang berjumpa saya di rumah tetapi mereka tidak maklumkan apa-apa pun mengenai muflis.

“Ejen yang menguruskan cukai saya juga sudah beberapa kali ke pejabat LHDN sebelum ini. Tetapi, mereka juga tidak diberitahu apa-apa mengenai status saya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

Satu keratan notis pengisytiharan muflis yang disiarkan di sebuah akhbar berbahasa Melayu semalam tersebar dan menimbulkan persoalan terhadap status pelakon lelaki paling popular itu.

“Sehingga sekarang saya masih menunggu penjelasan sebenar daripada mereka dan berharap mendapat maklum balas hari ini,” katanya.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline