Sunday November 26, 2017
2:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk pemantauan rapi dan seorang wanita Indonesia ditahan bagi membantu siasatan. — Paparan skrin GoogleMangsa kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk pemantauan rapi dan seorang wanita Indonesia ditahan bagi membantu siasatan. — Paparan skrin GoogleKEPALA BATAS, 26 Nov ― Seorang wanita mendakwa anaknya berumur setahun terjatuh ketika bermain sehingga dahinya lebam akibat terhantuk pada lantai.

Namun kanak-kanak tersebut dilapor koma dan mengalami pendarahan otak disyaki didera ibunya, temasuk kesan lebam di badan, dahi serta pipinya.

Demikian maklumat diberikan doktor Hospital Kepala Batas (HKB) yang merawat mangsa kepada ketua polis Seberang Perai Utara, lapor Berita Harian.

"Suspek sebelum itu memaklumkan anaknya terjatuh kira-kira jam 4.30 petang, Rabu lalu dan dahinya lebam akibat terhantuk di lantai ruang tamu ketika bermain.

"Melihat keadaan mangsa yang lemah, bapanya kemudian membawa kanak-kanak itu ke HKB dan doktor yang melakukan pemeriksaan mengesyaki mangsa didera," kata ACP Noorzainy Mohd Noor.

Kanak-kanak itu kini berada di Hospital Pulau Pinang untuk pemantauan rapi. Polis juga menahan seorang wanita Indonesia, 26, bagi membantu siasatan.

Suspek didakwa mengalami masalah mental, direman hingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline