Wednesday June 14, 2017
4:46 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Lima siswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dituduh membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain dalam kes dera dengan seterika bulan lalu.  — Paparan skrin GoogleLima siswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dituduh membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain dalam kes dera dengan seterika bulan lalu. — Paparan skrin GoogleKUALA LUMPUR, 14 Jun — Lima siswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dituduh membunuh pegawai kadet laut dalam kes dera dengan seterika bulan lalu.

Seorang lagi pelajar universiti itu didakwa bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, siswa kejuruteraan UPNM, lapor Berita Harian.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun lalu dengan kesan melecur di dada, tangan dan kaki, dipercayai akibat ditekap seterika wap.

Seramai 36 pelajar, termasuk empat dari Universiti Tenaga Nasional, sebelumnya direman bagi membantu siasatan kematian pelajar tahun tiga itu.

Mohd Akmal Zuhairi Azmal, Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri dihadapkan di mahkamah hari ini.

Semua mereka didakwa membunuh di sebuah bilik asrama UPNM di Sungai Besi antara jam 4.45 pagi hingga 5.45 pagi pada 22 Mei lalu.

Kelima-lima pemuda 21 tahun itu dituduh bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman gantung jika sabit kesalahan.

Abdoul Hakeem Mohd Ali, juga 21 tahun, yang bersubahat, dituduh bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

Semua tertuduh dilaporkan hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline