Friday October 6, 2017
2:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun dirantai lehernya dan ditambat pada tong gas sebagai hukuman tidak hadir ke sekolah.—  Foto ihsan Facebook/PenyubaruSeorang budak lelaki berusia 10 tahun dirantai lehernya dan ditambat pada tong gas sebagai hukuman tidak hadir ke sekolah.— Foto ihsan Facebook/PenyubaruKUANTAN, 6 Okt — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dirantai lehernya dan ditambat pada tong gas sebagai hukuman tidak ke sekolah.

Leher mangsa yang bersekolah rendah di Indera Mahkota, cedera akibat denda kerana tidak hadir ke sekolah kelmarin, lapor Berita Harian.

Ketua polis daerah Kuantan berkata mangsa ditemui terbaring dan tidak sedarkan diri dengan hanya memakai seluar tanpa baju di dapur rumah keluarganya di Kem Batu 10, dekat sini, semalam.

ACP Abdul Aziz Salleh berkata perbuatan itu dipercayai dilakukan bapa mangsa, seorang anggota tentera yang bertugas di Kem Batu 10, Jalan Gambang.

“Hasil siasatan awal mendapati dia mengikat leher anaknya menggunakan rantai dan mengunci pada tong gas sebelum ditinggalkan di ruang dapur rumah,” katanya.

Anggota tentera dan isterinya, 30-an kemudian ditahan dan direman seminggu untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline