Last updated Sunday, December 11, 2016 12:21 am GMT+8

Wednesday October 19, 2016
8:21 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Elly Mazlein, mendukung anak kecil, enggan melayan dakwaan bekas suaminya Azmi Hatta demi menjayakan Gegar Vaganza 3. ― Foto ihsan Instagram/Elly MazleinElly Mazlein, mendukung anak kecil, enggan melayan dakwaan bekas suaminya Azmi Hatta demi menjayakan Gegar Vaganza 3. ― Foto ihsan Instagram/Elly MazleinKUALA LUMPUR, 19 Okt — Elly Mazlein memutuskan untuk menghentikan coretan menyindir hubungan cinta bekas suaminya dengan Faye Khusairi di Instagram.

Penyanyi itu berkata peminatnya juga meminta beliau tidak menulis lagi coretan tentang kisah cinta pengarah drama Azmi Hatta dan pelakon itu.

“Demi keluarga dan permintaan pengikut saya, saya juga tidak akan muat naik apa-apa kisah berkaitan pasangan tersebut lagi,” katanya seperti dilapor mStar Online.

Mengulas akuan bersumpah Azmi semalam, Elly secara sinis “menerima” semua tuduhan, antaranya yang mengatakan dirinya kuat cemburu dan memukul lelaki itu.

Pelakon drama “Spa Q” itu berkata beliau sebenarnya tidak mahu melayan lagi dakwaan tersebut demi memberi fokus pada pertandingan nyanyian realiti Gegar Vaganza 3.

“Sekarang ini yang jahat semua saya, yang tendang terajang, yang busuk semua saya. Tidak apalah, saya terima sahaja apa yang dia tuduh kepada saya itu.

“Saya tahu tentang akuan sumpah ‘istikharah cinta’ setebal 20 helai itu yang boleh dijadikan skrip drama,” kata Elly, nama glamor Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi.

“Biarlah apa dia mahu kata, dia sahaja yang baik dan mulia dalam dunia ini,” tambahnya.

Azmi mengemukakan akuan bersumpah menjelaskan isu perceraiannya dengan Elly dan hubungannya dengan Faye, dianggap orang ketiga yang meretakkan rumah tangga mereka.

Elly dan Azmi bercerai pada Oktober 2015 selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline