Friday May 19, 2017
8:26 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bermula tahun lepas, saringan talasemia ke atas murid tingkatan empat telah dilaksanakan secara berperingkat, bagaimanapun ia memerlukan kebenaran ibu bapa. — Foto Malay MailBermula tahun lepas, saringan talasemia ke atas murid tingkatan empat telah dilaksanakan secara berperingkat, bagaimanapun ia memerlukan kebenaran ibu bapa. — Foto Malay MailALOR STAR, 19 Mei — Sasaran mengurangkan 95 peratus kelahiran pesakit talasemia menjelang 2040 sukar dicapai sekiranya kesedaran ibu bapa terhadap pentingnya membenarkan anak mereka menjalani ujian penyakit itu di negeri ini masih rendah.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata hanya 9,718 atau 2.6 peratus daripada 14,452 pelajar tingkatan empat (yang dilawati) di seluruh negeri yang mendapat kebenaran daripada ibu bapa untuk menjalani ujian saringan itu tahun lepas.

“Hasil daripada ujian itu, seramai 774 pelajar disahkan menghidap talasemia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Sambutan Hari Talasemia peringkat negeri di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam.

Dr Norhizan berkata saringan awal terhadap pasangan yang ingin berkahwin juga penting sama ada ingin meneruskan atau mengelakkan perkahwinan kerana genetik talasemia boleh diwarisi kepada anak yang bakal dilahirkan.

“Adalah diharapkan mereka dapat mengelakkan perkahwinan sesama pembawa talasemia selepas mengetahui status talasemia lebih awal,” katanya.

Bermula tahun lepas, saringan talasemia ke atas murid tingkatan empat telah dilaksanakan secara berperingkat, bagaimanapun ujian saringan ini memerlukan kebenaran ibu bapa.

Dr Norhizan berkata, daripada 9,718 pelajar itu, daerah Sik mempunyai bilangan pelajar yang mencatatkan jumlah tertinggi membuat saringan talasemia iaitu 76.8 peratus, disusuli Bandar Baharu/Kulim (56.8 peratus) dan Padang Terap 54.2 peratus.

Bagaimanapun, daerah Kuala Muda adalah terendah membuat saringan dengan 11.3 peratus, diikuti Kulim (15.7 peratus), Kota Setar (24.7 peratus), Baling (32.3 peratus) ,Yan (33.8 peratus) dan Langkawi 40.5 peratus.

Beliau berkata, kempen bertemakan 'Masa Depan Anak Anda di Tangan Anda' bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang ancaman penyakit itu serta melakukan ujian saringan semasa di peringkat sekolah lagi.

Talasemia ialah kecacatan darah yang menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal yang mana mereka yang mempunyai penyakit itu tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi pada darah mereka. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline