Tuesday March 21, 2017
7:24 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ho Kay Tat, penerbit The Edge Media Group yang memiliki The Malaysian Insider sebelum menutup operasi portal itu Mac tahun lalu. — Foto oleh Kamles KumarHo Kay Tat, penerbit The Edge Media Group yang memiliki The Malaysian Insider sebelum menutup operasi portal itu Mac tahun lalu. — Foto oleh Kamles KumarKUALA LUMPUR, 21 Mac — Bekas ketua pengarang portal The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq dicabar supaya mendedahkan sumber kewangan yang diperolehinya untuk menghidupkan portal baru The Malaysian Insight.

Ho Kay Tat, penerbit The Edge Media Group yang memiliki TMI sebelum menutup operasi portal itu Mac tahun lalu berkata ia perlu didedahkan demi ketelusan dan kepentingan umum.

“Saya berharap Jahabar menemui pemberi dana yang lebih baik daripada kami untuk The Malaysian Insight. Beliau berkata sumber kawangannya adalah ekuiti swasta, ahli perniagaan dan pinjaman.

“Demi ketelusan dan untuk kepentingan awam, Jahabar perlu mendedahkan identiti mereka dan jangan biarkannya menjadi misteri,” kata Ho dalam satu surat kepada akhbar Singapura, The Straits Times.

Jahabar minggu lalu mengumumkan penubuhan portal baru yang boleh dilayari secara percuma sebelum mengenakan bayaran langganan.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline