Monday June 19, 2017
3:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

DBKL tidak pernah mengenakan sewa tinggi bagi lot bazar, biasanya pada kadar bawah RM1,000 sepanjang Ramadan. — Foto oleh K.E. Ooi DBKL tidak pernah mengenakan sewa tinggi bagi lot bazar, biasanya pada kadar bawah RM1,000 sepanjang Ramadan. — Foto oleh K.E. Ooi KUALA LUMPUR, 19 Jun — Isu individu menyewa petak bazar Ramadan disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada golongan peniaga di Jalan Masjid India dan Lorong Tuanku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur, bukan sesuatu yang baru malah berlaku sejak beberapa tahun.

Justeru, DBKL melakukan pelbagai inisiatif bagi mengekang gejala itu, antara lain mengenakan kompaun RM1,000 kepada peniaga yang menyewa lot gerai mereka kepada pihak ketiga, merampas barangan serta nama mereka disenaraihitamkan daripada memohon lesen perniagaan.

Namun begitu, inisiatif yang diambil oleh pihak berkuasa itu gagal mengatasi masalah di dua kawasan umpama ‘pisang goreng panas’ itu, bahkan individu yang memperoleh lot berkenaan jelas melanggar syarat ditetapkan dengan sentiasa mencari jalan untuk mengaut keuntungan atas angin.

Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi DBKL, Datuk Ibrahim Yusoff berkata, DBKL tidak pernah mengenakan sewa tinggi malah kebiasaan pada kadar di bawah RM1,000 sepanjang bulan Ramadan.

Namun, katanya, peniaga yang tidak bertanggungjawab muncul setiap musim Ramadan di lokasi berkenaan dengan taktik baru bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Menurutnya, salah satu taktik terbaru yang dikesan DBKL ialah peniaga yang berjaya mendapat lot berkenaan akan mendaftar penyewa atau pihak ketiga sebagai pekerja atau pembantu bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Katanya, taktik licik itu sukar dikesan namun DBKL sudah menempatkan anggota penguat kuasa sepanjang masa di kawasan berkenaan bagi menangani masalah itu.

“Kami akan terus memburu mereka sebab agak keterlaluan mereka menyewakan tapak sehingga RM20,000 sedangkan kami (DBKL) sewakan tapak itu sangat rendah.

“Kami wujudkan peluang perniagaan di bulan yang mulia tapi mereka sanggup mengambil kesempatan dan ini yang yang membuat saya rasa kecewa,” katanya kepada Bernama.

Katanya, sejumlah 5,000 peniaga memohon untuk mendapat lot bazar di dua kawasan itu tetapi DBKL hanya dapat menyediakan 400 lot saja berikutan pelaksanaan projek ‘‘River of Life’’ di kawasan berkenaan.

Difahamkan, dua kawasan itu menjadi rebutan golongan peniaga yang sanggup membayar sewa antara RM7,000 sehingga RM55,000 untuk berniaga sepanjang Ramadan. — Bernama

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline