Tuesday June 20, 2017
11:54 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Aliff Syukri (dua, kanan) bersama pembantu rumahnya (kanan) di balai polis Sungai Buloh kelmarin. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri Datuk Aliff Syukri (dua, kanan) bersama pembantu rumahnya (kanan) di balai polis Sungai Buloh kelmarin. — Foto ihsan Instagram/Aliff Syukri SUNGAI BULOH, 20 Jun — Pengasas produk kecantikan D'Herbs mengamuk ekoran wang dan barangan bernilai RM100,000 didakwa dicuri beberapa pembantu rumahnya.

Kecurian terbongkar ekoran resit kiriman wang RM7,500 ke Indonesia ditemui, dipercayai dilakukan pembantu rumah itu kelmarin, lapor Harian Metro.

Resit itu ditemui ketika mengemas rumah dan ia bukan kali pertama transaksi itu dilakukan. Lima rakaman video soal siasat itu di Facebook viral sejak kelmarin.

Dalam rakaman video itu, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengamuk dan menyoal pembantu rumahnya mengenai kemampuan wang sebanyak itu dihantar ke kampung.

Sedangkan pembantu rumah itu, yang namanya tidak disebut, baru sebulan bekerja di rumahnya dengan gaji RM900 sebulan.

Wanita itu nafi mencuri tetapi mendakwa menerima beg dipercayai milik Aliff yang mengandungi wang, jam dan cincin, yang diserahkan oleh seorang lagi pembantu.

Aliff kemudiannya membuat aduan di balai polis Sungai Buloh dengan membawa pembantu wanita itu ke situ.

Dalam rakaman video di depan balai itu, wanita itu kemudiannya mengaku mencuri dan memohon maaf kepada majikannya.

Usahawan itu juga menawarkan ganjaran RM5,000 kepada umum jika dapat mengesan beberapa pembantu rumah, disyaki berpakat mencuri, yang melarikan diri.

Ketua polis daerah Sungai Buloh Somu Subramaniam mengesahkan menahan tiga suspek di perkarangan balai polis itu kira-kira 6.30 petang kelmarin.

Selepas semakan Aliff, menurut polis, wang itu diserahkan oleh seorang orang gaji Aliff kepada wanita itu dan didepositkan ke Indonesia pada 26 Mei lalu.

“Bagaimanapun pembantu rumah mangsa terbabit enggan mengaku dan perkara itu menimbulkan keraguan terhadap penemuan invois berkenaan,” kata Subramaniam. 

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline