Last updated Thursday, May 25, 2017 1:24 am GMT+8

Friday April 21, 2017
8:00 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Banglo mewah Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly di Jalan Pinang, Ampang yang didakwa dibida dengan harga RM1 juta. — Foto ihsan Datuk Seri Jamal YunosBanglo mewah Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly di Jalan Pinang, Ampang yang didakwa dibida dengan harga RM1 juta. — Foto ihsan Datuk Seri Jamal Yunos

KUALA LUMPUR, 21 April — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita rumah bernilai RM1.2 juta di ibu negara milik seorang pemimpin PKR berhubung siasatan dakwaan kekayaan luar biasa.

Menurut sumber, rumah itu disita bagi melengkapkan siasatan berhubung dakwaan tersebut.

Pemimpin itu dijangka dituduh hari ini mengikut Seksyen 32(8)© dan Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) atas kesalahan memberi keterangan dan dokumen palsu ketika proses siasatan dijalankan, menurut sumber berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan tetapi enggan mengulas lanjut.

Khamis lepas, SPRM menahan pemimpin terbabit bagi membantu siasatan.

Pemimpin itu juga dilaporkan memiliki beberapa kereta mewah. — Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline