Tuesday June 7, 2016
4:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ahli sains di Universiti California berjaya menghasilkan organ manusia di dalam embri babi. ― Foto ReutersAhli sains di Universiti California berjaya menghasilkan organ manusia di dalam embri babi. ― Foto ReutersLONDON, 7 Jun — Ahli-ahli sains yang cuba menghasilkan organ manusia di dalam babi — bagi mengatasi masalah kurang penderma organ — berjaya mencipta embrio (benih anak) “sebahagian manusia dan sebahagian lagi babi”.

Penyelidik di Universiti California di Davis menggabungkan sel stem manusia dengan DNA babi.

Mereka menunggu tempoh matang embrio selama 28 hari sebelum ujikaji dihentikan untuk menganalisis tisu yang terhasil, lapor The Guardian semalam.

Mereka percaya babi itu, yang mempunyai organ manusia, kelihatan dan berkelakuan seperti babi lain. Namun organ itu boleh digunakan untuk menyelamat manusia melalui pemindahan.

Untuk mencipta embrio “macam chimera” — makhluk mitos berkepala singa tetapi berbadan kambing dengan ekor ular — ahli-ahli sains menggunakan teknik mengedit gen yang dipanggil Crispr, dengan menyingkirkan sebahagian DNA babi agar embrio itu membina pankreas yang dihajati.

Sel stem iPS (induced pluripotent) kemudian disuntik ke dalam embrio babi. Sel-sel ini berpotensi membentuk apa sahaja jenis tisu janin.

Walau dari segi gen ia dianggap asing, embrio babi tidak menolaknya kerana sistem pertahanan badannya belum terbentuk.

Bagaimanapun, September lalu, Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat tidak menyokong usaha melahirkan “chimera”. Ia mahu mengetahui kesan lanjut kajian tersebut. 

Institut berkenaan bimbang sel manusia di dalam babi akan mengganggu otak dan kelakuan haiwan itu, berpotensi “menjadikan ia lebih manusiawi”.

Profesor Pablo Ross, ahli biologi yang mengetuai kajian Universiti California itu, bagaimanapun berkata potensi perkembangan otak manusia di dalam babi sangat rendah.

“Harapan kami embrio babi ini akan membesar macam biasa tetapi pankreas dihasilkan khas daripada sel manusia dan mungkin serasi dengan pesakit untuk pemindahan [organ],” beliau dilaporkan berkata.

Walau usaha sains membina “chimera” sudah wujud sejak beberapa dekad lalu, pendekatan ini tetap mempunyai masalahnya.

“Terdapat jenis-jenis sel lain hadir dalam pankreas yang terbentuk daripada babi — termasuklah saluran darah,” kata Robin Lovell-Badge, seorang pakar gen di Institut Francis Crick di London.

“Masalah itu memang besar dan ia akan ditolak oleh [badan] manusia.”

Ada juga kemungkinan permukaan sel manusia boleh berubah di dalam embrio babi, menjadikan organ ciptaan itu ditolak badan manusia, lapor The Guardian lagi.

Pakar juga bimbang pemindahan organ daripada haiwan ke dalam manusia membawa bersama virus binatang ke dalam badan.

Penyelidik di Sekolah Perubatan Harvard bagaimanapun mendedahkan, tahun lalu, teknologi mengedit gen mungkin boleh mematikan 60 gen retrovirus di dalam babi untuk pemindahan organ. 

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline