Last updated Wednesday, September 28, 2016 11:29 pm GMT+8

Friday September 23, 2016
10:36 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Siti Noor Radiah (tengah) bersama wira atlet Paralimpik diraikan meriah sekitar Kuala Lumpur selepas pulang dari Brazil, semalam. ― Foto oleh Saw Siow FengSiti Noor Radiah (tengah) bersama wira atlet Paralimpik diraikan meriah sekitar Kuala Lumpur selepas pulang dari Brazil, semalam. ― Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 23 Sept ― Atlet Paralimpik negara, Siti Noor Radiah Ismail bersyukur dengan tambahan insentif berjumlah RM100,000 selepas berjaya memenangi pingat gangsa di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil baru-baru ini.

Beliau mahu menghadiahkan sebahagian daripada imbuhan yang bakal diterimanya itu untuk menghantar ibu bapanya mengerjakan umrah.

Tambahan insentif untuk Siti Noor Radiah itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa majlis menyambut ketibaan kontinjen Paralimpik negara di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang semalam.

Atlet berusia 23 tahun dari Segamat, Johor itu meraih pingat gangsa di luar jangkaan dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) wanita dalam aksi di Stadium Olimpik, pada 15 Sept lepas.

Siti Noor Radiah berjaya melakukan lompatan sejauh 5.20m dalam percubaan ketiga, sekali gus mengatasi rekod Sukan Para Asia miliknya iaitu 5.10m yang direkodkan di Incheon, Korea Selatan pada 2014.

Menurut Siti Noor Radiah, beliau sudah menyimpan hasrat untuk menghantar ibu bapanya untuk mengerjakan umrah sebelum ke Rio de Janeiro lagi tetapi memendamkannya sahaja.

“Saya tidak pernah memberitahu mereka hasrat saya itu. Selepas saya menang gangsa baru saya beritahu hasrat saya hendak bawa mereka ke Makkah untuk tunai ibadah umrah. Saya merasa syukur dengan insentif tambahan ini...sedikit sebanyak membantu saya untuk tujuan ini,” katanya.

Menerusi Skim Hadiah Kemenangan Atlet (SHAKAM), pemenang pingat di temasya Sukan Paralimpik di Rio de Janeiro akan menerima insentif bernilai RM1 juta untuk pingat emas, RM300,000 bagi pingat perak dan RM100,000 bagi pingat gangsa. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline