Last updated Sunday, April 23, 2017 4:02 pm GMT+8

Thursday April 20, 2017
6:12 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Objek yang dikenali 'jenglot' yang dihadiah kepada mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. — Foto ihsan Facebook/Dr MazaObjek yang dikenali 'jenglot' yang dihadiah kepada mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. — Foto ihsan Facebook/Dr MazaKUALA LUMPUR, 20 April — Mufti Perlis menyerahkan jenglot, sejenis objek mistik yang dikaikan dengan ilmu hitam, untuk dikaji sebuah universti di negeri itu. 

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerima objek itu, yang kelihatan seumpama anak patung kecil berambut panjang dan bertaring, beberapa hari lalu. 

Jenglot umumnya menjadi sebahagian kepercayaan mistik penduduk Indonesia sehingga pernah dikaji di hospital dan dijadikan filem misteri. 

"Pagi ini saya telah serahkan jenglot itu kepada pihak Universiti Malaysia Perlis untuk dimasukkan ke dalam makmal kajian secara saintifik.

"Semoga dengan itu kita akan dapat mengetahui apakah [benar] di sebalik dakwaan yang pelbagai itu," katanya di Facebook rasminya. 

"Kononnya, jenglot ini sejenis makhluk yang mempunyai pelbagai cerita aneh," katanya lagi. 

"Mereka yang dipengaruhi amalan sihir dan syirik sanggup membeli benda ini dengan harga yang mahal." 

Menurut Merdeka.com, pasukan forensik di sebuah hospital Jakarta mendapati objek ini "bukan makhluk hidup dan tidak mempunyai tulang". 

Portal itu melaporkan doktor Djaja Surya Atmaja dari Universiti Indonesia menyatakan ia memiliki lapisan kulit yang mempunyai DNA mirip sejenis primat.

Di republik itu, jenglot terus kekal misteri kerana menjadi kegilaan mereka yang percaya pada ilmu mistik sahaja. 

Ada juga jenglot "palsu" yang dilaporkan diperbuat daripada bangkai katak, kelawar kering atau bahan tar jalan untuk dijual kepada peminatnya. 

Konon ditemui sejak 1972 di negara itu, objek itu berbentuk manusia kerdil, antara 10 hingga 17cm, berkulit gelap dan kasar seperti pernah diawet.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline