Thursday December 8, 2016
6:42 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Bersih mahu menyaman TV3 kerana mengaitkan dana RM3.2 bilion George Soros dengan badan pemerhati bebas itu, kata Maria Chin. — Saw Siow FengBersih mahu menyaman TV3 kerana mengaitkan dana RM3.2 bilion George Soros dengan badan pemerhati bebas itu, kata Maria Chin. — Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 8 Dis — Bersih 2.0 mahu mengambil tindakan saman fitnah terhadap stesen penyiaran televisyen TV3 berhubung dakwaan menerima dana RM3.2 bilion dari hartawan Amerika Syarikat George Soros.

Pengerusinya Maria Chin berkata TV3 menyiarkan laporan tanpa merujuk sumber yang sahih.

“Kami sudah memberikan surat tuntutan namun TV3 enggan meminta maaf dan menarik balik laporan, jadi kami akan teruskan prosiding undang-undang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Katanya TV3 membuat dakwaan fitnah “setiap hari” dalam berita perdana Buletin Utama sebelum himpunan Bersih 5 berlangsung dan tidak mendapatkan komen lanjut dari badan pemerhati bebas itu.

Saman itu termasuk tuntutan ganti rugi dan kini sedang menanti tarikh pendengaran kes.

Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline