Saturday July 15, 2017
10:06 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Diumumkan Bintang Paling Popular ABPBH 3.0, Fattah Amin juga dipilih sebagai pelakon TV popular. — Foto oleh Choo Choy MayDiumumkan Bintang Paling Popular ABPBH 3.0, Fattah Amin juga dipilih sebagai pelakon TV popular. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 15 Julai — Penentang Fattah Amin membantah pelakon itu membawa watak utama drama bikinan semula Korea Selatan, Coffee Prince.

Pelakon popular itu diura-ura membawa watak lakonan Gong Yoo, yang diminati ramai, dalam drama edisi tempatan berasaskan karya tersebut, lapor Harian Metro.

Berkempen melalui petisyen di internet, mereka yang menentang Fattah mendakwa pelakon itu masih lagi “kayu” ketika memegang sesuatu watak.

“Sila beri watak utama kepada pelakon lelaki selain Fattah Amin,” tulis pengendali petisyen terbabit, yang baru mendapat 121 sokongan, sejak kelmarin. 

“Kami tiada masalah dengan Janna Nick, kami hanya tidak mahu Fattah Amin melakonkan watak Gong Yoo.”

Mereka, yang mendakwa penyokong filem dan drama tempatan, membantah Cube Film Sdn Bhd mengambil Fattah berlakon drama Coffee Prince.

Saluran Melayu Astro dilaporkan masih lagi meneliti pelakon yang bakal membawa watak tersebut “kepada seseorang yang paling layak.” 

Ketuanya Raqim Ahmad bagaimanapun menegur peminat agar lebih terbuka dan memberi peluang yang adil untuk pelakon membuktikan bakat mereka. 

Sementara pengarah Michael Ang enggan mengulas isu tersebut walau mengesahkan Janna Nick antara yang terlibat dalam drama itu. 

Mula ditayangkan pada 2007, Coffee Prince muncul antara drama Korea Selatan yang popular di Malaysia. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline