Thursday September 14, 2017
5:07 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai makan yang mengaku bersalah mencuri duit tabung Masjid Nurul Yaqin sebanyak RM41. — Paparan skrin GoogleMahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai makan yang mengaku bersalah mencuri duit tabung Masjid Nurul Yaqin sebanyak RM41. — Paparan skrin GooglePETALING JAYA, 14 Sept — "Orang lain pergi ke masjid pukul 3 pagi buat Qiamullail tapi kamu pergi masjid pecahkan tabung masjid. Itu rumah Allah. Kamu tidak malu? tegur seorang majistret kepada seorang tertuduh yang mencuri duit tabung masjid.

Majistret Salamiah Salleh berkata demikian sebelum menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas Abd Hadi Abd Karim, 27, selepas dia mengaku bersalah mencuri duit tabung Masjid Nurul Yaqin sebanyak RM41 di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makan menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap iaitu 8 Sept lepas.

Abd Hadi melakukan kesalahan itu di masjid berkenaan di SS7/8 Kelana Jaya, di sini pada pukul 3 pagi, 8 Sept lepas dan didakwa mengikut  Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam  merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibu bapanya di kampung, tetapi timbalan pendakwa raya Abu Arsalnaa Zainal Abidin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kerana wang yang dicuri itu merupakan hasil derma orang ramai.

Berdasarkan fakta kes, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan imej tertuduh sedang mencuri tabung masjid dan berikutan itu, pengadu yang berada di sekitar masjid berkenaan telah menangkap tertuduh dan menyerahkannya kepada polis. — Bernama

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline