Monday October 30, 2017
6:51 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Rompin menahan suspek, yang membunuh suami kekasihnya, yang dilaporkan terpengaruh dengan sebuah novel cinta. ― Paparan skrin GooglePolis Rompin menahan suspek, yang membunuh suami kekasihnya, yang dilaporkan terpengaruh dengan sebuah novel cinta. ― Paparan skrin GoogleROMPIN, 30 Okt ― Seorang lelaki Kedah, disyaki membunuh suami kekasihnya, dilaporkan mendakwa terpengaruh dengan sebuah novel cinta.

“Suspek mengakui kisahnya sama dengan novel cinta berkenaan. Ketika ditahan novel ada dibawa bersamanya,” kata ketua polis Rompin DSP Azli Mohd Noor.

Walau Berita Harian tidak menyebut nama novel, foto sidang media polis di akhbar itu menunjukkan karya berkenaan.

Suspek, seorang pembantu kedai makan, menembak suami kekasihnya, juga dari Indonesia, di Fela Keratong 2, Muadzam Shah pada 24 Oktober lalu.

“Mangsa meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan kira-kira jam 12 tengah hari keesokan harinya akibat cedera parah di kepala,” kata Azli.

Jalan cerita dalam novel itu dilaporkan boleh dikaitkan dengan kes berkenaan.

Polis mendapati lelaki 29 tahun itu menjalin hubungan sulit sejak empat bulan lalu. Suspek marah apabila menyedari mangsa cuba memujuk isterinya pulang ke Acheh.

Senapang patah dan peluru yang digunakan dalam kejadian 12 tengah malam itu ditemui disorok di ladang Sungai Guan, Kota Bahagia, Muadzam Shah dekat sini.

Suspek ditahan di hentian rehat Tanjung Malim, Perak jam 12.30 tengah malam Jumaat lalu ketika mahu melarikan diri ke kampungnya di Bedong, Kedah.

Kes itu disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau kesalahan membunuh.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline