Friday August 4, 2017
1:10 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Muhamad Khalid Ismail berkahwin dengan Lee-Seul pada April lalu setelah 10 tahun tinggal di Korea Selatan. — Foto ihsan Facebook/Muhamad Khalid IsmailMuhamad Khalid Ismail berkahwin dengan Lee-Seul pada April lalu setelah 10 tahun tinggal di Korea Selatan. — Foto ihsan Facebook/Muhamad Khalid IsmailKOTA BARU, 4 Ogos — Gadis Korea Selatan yang mengahwini lelaki Kelantan akui sukar menyesuaikan diri di sini walaupun cuaca hampir sama di negaranya.

Suaminya Muhamad Khalid Ismail, 29, popular di media sosial kerana fasih berbahasa Korea dan muncul program realiti negara itu.

Berkahwin April lalu, Lee-Seul, 28, mengakui beliau tidak tahan dengan gigitan nyamuk di Kampung Padang Bongor di sini, lapor Harian Metro.

"Saya akui sukar juga sesuaikan diri dengan persekitaran kampung kerana tidak tahan dengan nyamuk memandangkan suasana kampung di Korea Selatan sangat berlainan.

"Kami mengalami proses urbanisasi yang pesat," kata Lee, yang ditemui akhbar itu, ketika sedang mengait rambutan.

Namun gadis itu, yang pulang untuk diperkenal keluarga besar suaminya di sini, mengakui teruja kerana banyak mempelajari budaya Melayu dan loghat Kelantan.

"Saya sudah tahu apa itu makan, minum, selamat pagi, sedap, bagus, terima kasih dan sama-sama," katanya

"Apabila pulang ke sini saya tambah satu lagi perkataan iaitu 'gelepar dodey-dodey' yang maksudnya sangat teruja."

 

Ditanya mengenai masakan tempatan yang disukainya, Lee berkata dia menggemari masakan pedas dan masam kerana menyamai masakan Korea.

"Saya tahu Kelantan juga terkenal dengan budu, namun masih belum berani mencubanya," katanya yang suka roti canai, nasi kerabu dan sambal.

Khalid pula berkata beliau masih membimbing isterinya dengan Islam termasuk bertudung di majlis agama, tetapi tidak terlalu memaksa kerana masih baru.

"Buat masa sekarang saya hanya menekankan ibadat solat berjemaah di rumah kerana di tempat kerja isteri tidak disediakan ruang bersolat," katanya.

Khalid yang menetap di Korea Selatan sejak 10 tahun lalu kini tinggal di bandar Gunpo, Gyeonggi.

Lulusan kejurteraan mekanikal dari Universiti Korea Selatan itu dalam proses membangunkan syarikat sendiri yang membekalkan bahan mentah perumahan.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline