Last updated Saturday, December 10, 2016 4:42 pm GMT+8

Thursday December 1, 2016
8:13 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ketua Pengarah DOSH berkata hukuman penjara dua tahun dan denda RM30,000 boleh dikenakan sekiranya pihak bertanggungjawab didapati cuai. — Foto oleh Yusof Mat IsaKetua Pengarah DOSH berkata hukuman penjara dua tahun dan denda RM30,000 boleh dikenakan sekiranya pihak bertanggungjawab didapati cuai. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 1 Dis ― Pemaju projek pembinaan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden runtuhan struktur berkenaan, semalam.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Datuk Mohtar Musri berkata arahan itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung kejadian yang menyebabkan seorang pekerja maut manakala lima lagi cedera.

“Pihak DOSH telah berada di tempat kejadian dan memberi arahan henti kerja sementara siasatan dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Mohtar berkata siasatan awal mendapati jejambat itu sedang dibina bagi menghubungkan KL Eco City dengan pusat beli-belah Mid Valley.

“Siasatan lanjut perlu dilakukan bagi memastikan sama ada insiden berlaku akibat kecuaian atau penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti,” katanya.

Beliau berkata tindakan boleh dikenakan di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang membawa hukuman penjara dua tahun dan denda sebanyak RM30,000 sekiranya didapati cuai.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, seorang pekerja kanotrak warga Vietnam berusia 21 tahun terbunuh manakala lima lagi pekerja kontrak warga asing cedera. ― Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline