Monday January 9, 2017
4:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Pengerusi Ismma Datuk Abdul Latiff Abu Bakar (kanan) memperkemaskan baju Melayu yang dipakai Mohd Faiz Subri selepas penyerahan pakaian itu di Bayan Baru, Pulau Pinang, 3 Januari 2016. — Foto BernamaPengerusi Ismma Datuk Abdul Latiff Abu Bakar (kanan) memperkemaskan baju Melayu yang dipakai Mohd Faiz Subri selepas penyerahan pakaian itu di Bayan Baru, Pulau Pinang, 3 Januari 2016. — Foto BernamaZURICH, 9 Jan — Selepas beria-ia, Mohd Faiz Subri akhirnya tidak memakai baju Melayu pada majlis anugerah berprestij Persatuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) di Switzerland awal pagi esok.

“Keadaan di sini memang sejuk, memang saya akan pakai baju kot. Bukan pakai baju Melayu tidak kena (sesuai) tapi terlalu sejuk,” katanya di hotel penginapan di sini kepada Harian Metro hari ini.

Pemain Pulau Pinang itu, 29 tahun, akan memakai pakaian rasmi baju sut, seperti ditetapkan oleh penganjur anugerah Puskas, yang lebih sesuai dengan cuaca bawah tahap beku, -5 darjah Celsius.

 

 

Doakan kami sekeluarga selamat pergi dan balik..ameen #fs13#puskas2016#zurich# #denganizinnya#insyaallah

A photo posted by faiz subri (@faiz_subri13) on

 

Minggu lalu, Fifa dilaporkan sudah memberi keizinan kepada Faiz untuk memakai baju kebangsaan pada majlis itu selepas dimohon Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

“Tidak apa, kalau saya tidak dapat pakai baju Melayu di sini, insya Allah kalau menang saya akan pakai di Malaysia nanti,” katanya.

Selain Faiz, dua lagi pemain yang dicalonkan untuk anugerah tersebut: Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita Danisuka Rodriguez dari Venezuela.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline