Friday October 13, 2017
11:49 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Rozita Che Wan menghalalkan wangnya RM50,000 lesap di tangan Datuk yang menjanjikan projek minyak wangi. — Foto ihsan Instagram/Rozita Che Wan Rozita Che Wan menghalalkan wangnya RM50,000 lesap di tangan Datuk yang menjanjikan projek minyak wangi. — Foto ihsan Instagram/Rozita Che Wan KUALA LUMPUR, 13 Okt — Pelakon Rozita Che Wan mendakwa pernah ditipu seorang Datuk sebanyak RM50,000 dalam urusan perniagaan minyak wangi.

Beliau berkata lelaki itu individu sama yang didakwa melesapkan wang pelakon Aeril Zafrel bernilai RM100,000 bagi tujuan sama, lapor Kosmo!.

“Saya fikir dia boleh membantu saya untuk memulakan perniagaan tersebut tetapi tidak sangka dia menipu pula,” kata pelakon drama Kak Marr itu.

Mesra dipanggil Che Ta, selebriti itu mendakwa Datuk itu menggunakan wang tersebut untuk membeli rumah, kereta baru dan berpoligami.

Namun beliau mengakui tidak membuat laporan polis kerana urusan itu dibuat tanpa perjanjian bertulis sekalipun beliau menyimpan resit pembayaran.

“Salah saya juga kerana tidak menitikberatkan soal perjanjian hitam putih, tetapi saya anggap ini bukan rezeki dan halalkan sahaja wang tersebut,” katanya.

 

Mana awak?? . #ZahirTakTerucap #ShootingInProgress #Director @paliyahyalatest

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel) on

Utusan Online awal minggu ini melaporkan Aeril membuat laporan polis terhadap individu terbabit selepas gagal menjejakinya untuk menuntut semula wang itu.

Pelakon drama Zahir Tak Terucap berminat pada perniagaan itu setelah ada artis popular yang berjaya menghasilkan minyak wangi dengan Datuk itu.

“Tapi nampaknya ini pula yang saya dapat. Sudah beberapa bulan dia menghilangkan diri,” kata seperti dilaporkan portal itu. 

Sewaktu cuba menuntut wang itu, Aeril memuatkan foto Datuk itu di Instagram. Lelaki itu pernah memberikan cek tetapi kedua-dua keping itu cek tendang.

“Bila saya sudah membuat laporan polis, ada beberapa mangsa lain juga mengaku 'dikencing' setelah melaburkan wang ringgit kepada syarikatnya,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline