Monday February 12, 2018
10:44 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Guru berkenaan didakwa sudah meneliti rakaman CCTV dan bertanya kepada mangsa yang kemudiannya enggan mengaku mencuri telefon. — Gambar failGuru berkenaan didakwa sudah meneliti rakaman CCTV dan bertanya kepada mangsa yang kemudiannya enggan mengaku mencuri telefon. — Gambar failKUALA LUMPUR, 12 Feb — Pelajar tingkatan dua yang maut menggantung diri hujung bulan lalu disahkan mencuri telefon, lapor Harian Metro.

Akhbar itu yang memetik sumber polis mendakwa pengesahan dibuat selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah terbabit.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana boleh mengganggu proses siasatan yang sedang dijalankan.

Guru berkenaan didakwa sudah meneliti rakaman CCTV itu dan bertanya kepada mangsa yang kemudiannya enggan mengaku, lapor akhbar sama.

Mangsa yang menuntut di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang sebelum ini menggantung diri selepas dituduh mengambil telefon guru.

Pelajar berkenaan tidak mengaku selepas dipanggil empat guru untuk siasatan lanjut pada kejadian 24 Januari lepas.

Sementara itu, polis menjelaskan masih belum pasti Vasanthapiriya yang mengambil telefon gurunya kerana rakaman CCTV itu kabur.

Polis tidak dapat mengesahkan rakaman tersebut kerana kualiti videonya buruk, kata ketua polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan kepada media.

"Polis perlu pakar forensik untuk menjelaskan lagi rakaman itu untuk melihat siapa dia [yang melakukannya]," katanya hari ini.

Iklan

Iklan

MMO Instagram