Saturday April 15, 2017
1:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Janna, 22, mengenakan busana rekaan Nizam Zamil ketika membuat persembahan di pentas Anugerah DFKL minggu lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaJanna, 22, mengenakan busana rekaan Nizam Zamil ketika membuat persembahan di pentas Anugerah DFKL minggu lalu. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 15 April ― Pelakon Janna Nick memohon maaf selepas busana yang digayakan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) minggu lalu dikatakan mencolok mata.

Janna, 22, berkata pakaian itu tidaklah terlalu mencolok mata tetapi pemilihan warna kain seakan-akan kulit badan membuatkan ia kelihatan seksi.

“Saya mengakui kesilapan ini. Saya anggap kritikan dan nasihat itu tanda mereka sayangkan Janna Nick.

“Saya mohon maaf di atas kesilapan ini dan berjanji tak akan mengulanginya lagi.

“Kalau ada benda yang kurang menyenangkan, harap peminat dapat beri teguran ikhlas,” katanya seperti dilaporkan portal mStar.

Pelakon drama Kau Aku Kita minggu lalu dikritik selepas pakaian rekaan Nizam Zamil kelihatan seperti mendedahkan bahagian badan.  

Pemilik nama Nurul Jannah Muner berkata kritikan itu sudah dijangka namun ia satu proses pembelajaran agar lebih peka terhadap sensitiviti masyarakat.

“Saya dah boleh agak pakaian itu pasti mendapat kritikan walaupun sebenarnya baju itu tidaklah seseksi seperti ditonton di televisyen.

“Kalau diikutkan, saya perlu pakai baju tersebut bersama jaket, namun atas sebab masalah teknikal, jaket itu tak dapat dipadankan bersama,” beliau dilaporkan berkata.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline