Wednesday September 13, 2017
3:56 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mayat pemandu kereta putih (kiri) masih di tengah jalan selepas digilis lori yang terbabas ke kanan jalan. ― Foto ihsan Facebook/Balai Bomba dan Penyelamat PuchongMayat pemandu kereta putih (kiri) masih di tengah jalan selepas digilis lori yang terbabas ke kanan jalan. ― Foto ihsan Facebook/Balai Bomba dan Penyelamat PuchongPUCHONG, 13 Sept ― Nahas antara kereta dengan lori mengorbankan pemandunya dan membuatkan lalulintas di lebuh raya sesak sehingga 10 kilometer.

Dua kenderaan itu berlanggar di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Harian Metro pula melaporkan penumpang kereta parah dalam kejadian 6 pagi tadi. Sinar Harian menyebut kejadian itu kira-kira 6.40 pagi. 

Kereta yang dinaiki kedua-dua mangsa dari arah Petaling Jaya ke Putrajaya dikatakan terbabas sebelum merempuh lori tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor yang menerima panggilan pada jam 6.44 pagi sempat memadam kebakaran kecil di bahagian enjin kereta.

“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit Lim Ji Qin [28 tahun] disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya Tan Zi Xuan, 27, parah,” kata penolong pengarah operasinya Mohd Sani Harul. 

Pemandu lori itu tidak mengalami kecederaan, tambahnya. 

Foto-foto di media sosial menunjukkan Lim cedera parah di kepala, sementara kereta putihnya tertanggal bumbungnya. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline