Saturday July 15, 2017
1:17 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mia Ahmad berkahwin dengan Mohd Izham Tarmizi Roslan pada Januari lalu tetapi tinggal berasingan kerana tugas. — Foto ihsan Instagram/Mia AhmadMia Ahmad berkahwin dengan Mohd Izham Tarmizi Roslan pada Januari lalu tetapi tinggal berasingan kerana tugas. — Foto ihsan Instagram/Mia AhmadKUALA LUMPUR, 15 Julai — Mia Ahmad yang tinggal berjauhan dari suami mengakui membuat “kunjungan mengejut” pada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Pelakon Hati Perempuan itu berkahwin dengan Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, penjaga gol JDT, pada Januari lalu tetapi tinggal berasingan kerana tugas. 

“Saya perlu meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami. Perasaan cemburu seharusnya diletakkan ke tepi,” kata Mia, 29, kepada Berita Harian. 

“Sesekali saya akan melakukan ‘pemeriksaan mengejut’. Bukan tidak mempercayai suami tetapi saya perlu juga mengambil tahu pergerakannya.” 

 

 

Menjunjung kasih Tunku ❤️💙

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

 

Menjelaskan Mohd Izham “tidak pernah bermasam muka” kerana gelagatnya itu, Mia berkata pertemuan sekali-sekala mereka mengeratkan lagi hubungan. 

Sepanjang Ramadan lalu, kedua-dua mereka terikat dengan lakonan dan latihan bola sepak sehingga sempat berpuasa bersama di awal bulan sahaja. 

Mia sibuk dengan penggambaran drama Bilo Nogori Jumpo Kelate waktu itu, sementara Mohd Izham di Johor Baru menjalani latihan walau tiada perlawanan.

“Ada ketika, saya hanya menonton aksi suami di kaca TV,” katanya lagi. 

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline