Last updated Saturday, December 10, 2016 11:00 am GMT+8

Friday December 2, 2016
12:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Zarul Umbrella menafikan dirinya disihir selepas mengalami kekejangan perut. ― Foto ihsan Instagram/zarulumbrellaZarul Umbrella menafikan dirinya disihir selepas mengalami kekejangan perut. ― Foto ihsan Instagram/zarulumbrellaKUALA LUMPUR, 2 Dis ― Mengalami sakit perut sehingga kejang beberapa minggu lalu, Zarul Umbrella nafi cakap-cakap kononnya akibat perbuatan sihir atau ilmu hitam.

Finalis Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) berkata sakit dialaminya seminggu sebelum konsert separuh akhir hanyalah sakit biasa.

“Sebagai manusia dan seorang muslim, tentunya kita mempercayai kuasa ghaib itu wujud namun tidak boleh terlalu taksub dengannya,” katanya seperti dilapor Harian Metro.

“Apabila sakit beberapa minggu lalu, saya merujuk pakar perubatan. Ia hanya sekadar angin biasa yang menyerang bahagian perut dan saya mengalami kekejangan.

“Jadi tiada kaitan langsung dengan ilmu hitam mahu pun sihir. Alhamdulillah, saya kembali sihat. Cuma sedikit tertekan dalam raptai penuh tempoh hari.”

Pemilik nama Zairulkefli Husin, 43, berkata dirinya perlu rehat secukupnya akibat tekanan sehingga pernah membayangkan tersingkir lebih awal.

“Beberapa kali Datuk Ramli MS (juri) dengar saya menyanyikan lagu Salahkan dan beri komen hancur.

“Datuk Ramli minta saya pulang dan berehat secukupnya. Ketika itu saya memang tertekan, begitu juga dengan peserta lain,” kata pramugara Malaysia Airlines Berhad (MAB).

Bekas vokalis kumpulan 90-an yang popular dengan lagu Ramalanku Benar Belaka mara ke peringkat akhir bersama lima peserta lain iaitu Azharina, Intan Sarafina, Ameng Spring, Gmie Screen dan Siti Sarah.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline