Wednesday April 19, 2017
9:35 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Zairil berkata foto berkenaan jelas satu cubaan memfitnahnya melalui serangan peribadi. ― Foto oleh K E OoiZairil berkata foto berkenaan jelas satu cubaan memfitnahnya melalui serangan peribadi. ― Foto oleh K E OoiGEORGE TOWN, 19 April — Ahli Parlimen DAP Zairil Khir Johari menafikan beliau adalah lelaki yang bermesra dengan seorang pemimpin wanita parti seperti gambar tular di media sosial.  

“Tidak. Itu bukan saya. Ia jelas satu lagi cubaan memfitnah saya melalui serangan peribadi. Itu semua palsu, itu yang saya dapat katakan.

“Jelas, ada dalang di sebalik itu,” katanya kepada Malay Mail Online.

Pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud semalam sedih dengan tindakan menyebarkan beberapa keping gambar yang didakwa beliau bermesra dengan seorang wakil rakyat partinya.

“Saya sedih budaya politik kita sudah sampai seteruk ini.

“Saya tiada masa melayan serangan peribadi dan berdendam seperti ini,” katanya di Instagram.

Tanpa menafikan atau mengesahkan beliau wanita yang dipegang mesra itu, Dyana berkata serangan isu berbaur seks sudah tiga kali berlaku dalam tempoh dua bulan.

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline