Monday December 21, 2015
9:50 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

SHAH ALAM, 21 Dis — Kilafairy nama yang tidak asing dalam industri hiburan tanah air baik yang mengenali gadis ini sebagai pelakon mahu pun penyanyi seawal usia kanak-kanaknya.

Sering dilihat bersama ibu, Rohana Jalil, pelakon dan model yang menerima jolokan “Angelina Jolie Malaysia” ini mengakui masih banyak yang belum dicapai selaku selebriti tanah air.

 “Saya mula-mula dikenali sebagai pelakon tetapi mereka tidak tahu saya sudah menyanyi dari kecil. Jadi sekarang secara perlahan-lahan saya mahu pergi semula ke bidang nyanyian.

“Saya muda lagi baru 23. Banyak benda lagi saya nak capai. Jauh lagi perjalanan saya. Saya nak fokus kerja dulu,” katanya ketika ditemubual ProjekMMO pada Sabtu.

Nama sebenar Syakila Nisa Jahangir Khan, pelakon filem “Karak” ini mengakui hatinya masih belum dimiliki dan lebih senang menjalinkan persahabatan bersama rakan-rakannya.

Kilafairy masih 23 dan mengakui masih banyak yang belum dicapai beliau selaku selebriti — Foto oleh Choo Choy MayKilafairy masih 23 dan mengakui masih banyak yang belum dicapai beliau selaku selebriti — Foto oleh Choo Choy MayDitanya ciri-ciri lelaki yang mampu menambat hatinya, Kilafairy mengakui mahu calon suaminya itu sedikit sebanyak beragama.

“Bukanlah nak ustaz tetapi sedikit sebanyak berpengetahuan dalam agama. Untuk bimbing kahwin nanti.

“Kalau tak, siapa nak bimbing? Jadi kena ada sedikit pengetahuan agama,” katanya.

Tidak mahu melawan takdir andai jodohnya dipercepatkan, Kilafairy berkata calon suaminya juga perlulah menghormati orang tua.

Katanya, lelaki yang mahu mendampingi dirinya juga haruslah tidak merokok dan bukan di kalangan yang suka menunjuk-nunjuk.

“Tak merokok, memahami kerjaya saya, hormat orang tua itu paling penting sekali. Tak berlagak tak menunjuk.

“Luaran tak boleh cakap nanti tak dapat. Kita berserah saja pada Allah,” katanya sambil menguntumkan senyuman.Kilafairy tampil berduet bersama Rohana Jalil menyampaikan hit tahun 1980an ibunya ’Naluri Cinta' — Foto oleh Choo Choy MayKilafairy tampil berduet bersama Rohana Jalil menyampaikan hit tahun 1980an ibunya ’Naluri Cinta' — Foto oleh Choo Choy May

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline