Tuesday February 6, 2018
4:49 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mayat D Tharani dibawa seorang lelaki yang dipercayai membunuhnya, ke balai polis Damansara pada 5 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Tharani DevarajooMayat D Tharani dibawa seorang lelaki yang dipercayai membunuhnya, ke balai polis Damansara pada 5 Februari 2018. — Foto ihsan Facebook/Tharani DevarajooKUALA LUMPUR, 6 Feb — Keluarga mangsa bunuh yang mayatnya dibawa ke balai polis Damansara semalam, menafikan suspek adalah kekasih wanita itu.

Sebaliknya, mangsa D Tharani, 35, menurut bapa saudaranya, sering mengelak bertemu suspek, rakan sekerjanya, lapor Harian Metro.

“Dia [mangsa] mungkin cuba untuk membuat alasan atau berjenaka dengan lelaki itu daripada mempunyai hubungan kerana apa yang saya tahu perkataan perkahwinan amat fobia untuk dirinya,” katanya, dikenali sebagai Manimaran.

“Kami dan keluarga juga tidak pernah mengetahui tentang kewujudan lelaki ini serta tiada siapa di kalangan ahli keluarga bertemu dengannya sehingga semalam.”

Beliau berkata anak bongsu daripada tiga beradik pasti bercerita kepada saudara mara jika ada teman istimewa.

Suspek hanya rakan lelaki yang baru dikenali Tharani sejak bekerja di tempat baru di unit pengurusan sebuah kondominium di Damasara hujung tahun lalu, katanya.

Semalam, seorang lelaki menyerah diri dengan membawa bersama mayat Tharani yang dibunuhnya di balai polis Damansara di sini, pada jam 3 petang.

Iklan

Iklan

MMO Instagram