Sunday June 18, 2017
4:38 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Al-Quran bukan sesuatu yang asing dan minat untuk mendalami kitab suci itu sudah lama berputik, kata Datuk Seri Wong Chun Wai. — Foto ReutersAl-Quran bukan sesuatu yang asing dan minat untuk mendalami kitab suci itu sudah lama berputik, kata Datuk Seri Wong Chun Wai. — Foto ReutersKUALA LUMPUR, 18 Jun — Golongan bukan Islam diseru mendalami kitab suci al-Quran bagi memperoleh ketenangan jiwa, kata Datuk Seri Wong Chun Wai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Star Publications (M) Berhad berkata dengan mempelajari al-Quran, ia akan membawa kebaikan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum.

“Kita duduk di Malaysia yang realitinya adalah negara majoriti Islam. Jadi tidak salah untuk kita memahami Islam dan kitab sucinya al-Quran.

“Belajar tentang al-Quran bagus, apa nak takut baca al-Quran? Bukannya bila belajar kita kena masuk Melayu,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Chun Wai berkata al-Quran bukan sesuatu yang asing baginya dan minat untuk mendalami kitab suci itu sudah lama berputik.

Katanya, kempen Quran Hour esok adalah sesuatu yang baik dan bukan Islam juga boleh menyertainya.   

“Saya masih belajar dan jika ada peluang, saya berhasrat mencari seorang guru untuk membimbing baca al-Quran, kerana masih banyak yang tidak difahami.

“Bagi masyarakat bukan Islam pula, inilah peluang untuk mereka mempelajari tentang al-Quran.

“Jadi tidak salah untuk orang bukan Islam jika ada yang berminat untuk turut serta dalam kempen ini,” beliau dilaporkan berkata.

Video Hangat

Video Hangat

Artikel-artikel berkaitan

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline