Tuesday December 5, 2017
5:15 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Ular tedung ditangkap anggota APM setelah mematuk seorang kanak-kanak di rumahnya di Bercham, Ipoh 4 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTB Ular tedung ditangkap anggota APM setelah mematuk seorang kanak-kanak di rumahnya di Bercham, Ipoh 4 Disember 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTB IPOH, 5 Dis — Seorang anak dua tahun menderita kesakitan apabila tangannya dipatuk ular tedung ketika sedang tidur bersama ibunya pagi semalam.

Muhammad Izz Fayat Sumardi menangis tidak berhenti, tangan membiru dan badan tidak bermaya ketika dibawa ke hospital, lapor portal Berita Harian.

“Alhamdulillah, pagi ini dia sudah sedar serta boleh makan dan minum seperti biasa cuma tangannya kirinya membengkak sehingga ke paras siku.

“Doktor juga memaklumkan paru-paru dan buah pinggang anak saya tidak apa-apa,” kata bapanya Sumardi Chek Had, 39, yang baru pulang kerja waktu kejadian.

Tambahnya, beliau mahu tidur sebaik pulang ke rumah di Bandar Baru Putra, Bercham di sini kira-kira jam 7 pagi tetapi terdengar anaknya menangis.

“Dia menangis dan menjerit kesakitan, sebelum isteri mendapati tapak tangan kirinya berdarah serta terdapat dua kesan patukan ular,” ceritanya lagi.

Anaknya kini sedang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berjaya menangkap ular itu, yang berada di bawah tilam selepas kejadian. 

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline