Wednesday January 11, 2017
8:22 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang budak yang cedera di perut akibat terkena pemegang basikalnya sedang dirawat kakitangan hospital. — Foto ihsan Facebook/Persatuan Muafakat Johor Seorang budak yang cedera di perut akibat terkena pemegang basikalnya sedang dirawat kakitangan hospital. — Foto ihsan Facebook/Persatuan Muafakat Johor JOHOR BARU, 11 Jan — Usus perut seorang kanak-kanak terkeluar akibat terjatuh dari basikal apabila terbabas ketika bermain dengan sekumpulan rakannya semalam.

Kanak-kanak 12 tahun itu sedang mengayuh bersama 15 lagi rakannya dalam kejadian di Jalan Banang, Taman Bukit Tiram di sini kira-kira 2 petang, lapor Berita Harian.

Melihat kejadian cemas itu, seorang saksi menghubungi Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

“Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa sedang menuruni bukit dengan basikalnya bersama rakannya yang lain lalu melanggar bonggol jalan sebelum terjatuh dan tertusuk dengan pemegang basikal.

“Bagaimanapun, mangsa ketika itu dalam keadaan tenang dan tidak menangis sebelum sebuah ambulans dari HSI tiba kira-kira 30 minit kemudian bagi memberikan rawatan awal kepada kanak-kanak itu,” katanya, yang enggan dikenali.

Pengarah hospital berkenaan Dr Arbain Lani memaklumkan kanak-kanak berkenaan — yang dipercayai tinggal di Taman Bestari Indah, tidak jauh dari lokasi kejadian — masih menerima rawatan.

“Keadaan kanak-kanak itu stabil selain sudah menjalani pembedahan selama hampir dua jam petang (semalam) tanpa berdepan sebarang komplikasi,” katanya.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline