Sunday February 11, 2018
5:19 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seekor buaya dilihat sekumpulan pekerja di Pantai Lido, Johor Baru, 10 Februari 2018. ― Foto ihsan Facebook/ Mohd Fitri DawamSeekor buaya dilihat sekumpulan pekerja di Pantai Lido, Johor Baru, 10 Februari 2018. ― Foto ihsan Facebook/ Mohd Fitri DawamJOHOR BARU, 11 Feb ― Seekor buaya sepanjang 6.5 meter yang sedang berjemur dikesan di Pantai Lido di sini, semalam.

“Bila nampak buaya, kami pun takut. Buaya itu besar, rasanya panjang kira-kira bot kami,” kata Muhammad Fitri Dawam, 24, pekerja pemasang tirai kelodak, lapor Harian Metro.

Beliau bersama tiga rakannya sedang membuat penyelenggaraan berkaitan kerja pencegahan pencemaran ketika nampak reptilia itu.

Video dan foto penemuan buaya yang dimuat naik oleh Fitri di Facebook dikongsi lebih 2,500 kali.

Iklan

Iklan

MMO Instagram