Wednesday August 23, 2017
2:35 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Tampin menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai bomoh dan merogol seorang pekerja kilang sebanyak dua kali. — Paparan skrin GooglePolis Tampin menahan seorang lelaki yang mengaku sebagai bomoh dan merogol seorang pekerja kilang sebanyak dua kali. — Paparan skrin Google

TAMPIN, 23 Ogos — Seorang pengangggur yang mengaku sebagai bomoh merogol seorang pekerja kilang dengan alasan mahu membuang “pendamping”. 

Lelaki itu, 37, dikatakan merogol mangsa, 32, yang dikenalinya melalui aplikasi WeChat awal Jun lalu sebanyak dua kali, lapor Sinar Online.

Mangsa bertemu dan mengikut suspek ke hotel yang kemudian mengajaknya melakukan hubungan seks bagi menghilangkan pendamping.

Ketua polis daerah Tampin berkata suspek merogol mangsa yang enggan mematuhi permintaan itu sebelum memberikannya tiga telur dan lima limau sebagai amalan berubat.

“Kali kedua pula, mangsa disuruh sekali lagi berubat pada pertengahan Julai dan turut dirogol. Malah, dalam dua kejadian ini mangsa membayar duit pengeras sebanyak RM50 serta bayaran sewaan bilik hotel.” kata Supt Hamazah Ab Razak. 

Mangsa kemudian berasa tertipu dan membuat aduan.

Suspek ditangkap di sebuah stesen minyak di Alor Gajah pada jam 11.06 malam pada 16 Ogos lalu dan direman sehingga hari ini.

Hamazah percaya suspek pernah memperdaya kira-kira lima wanita sejak dua tahun lalu menggunakan modus operandi sama.

Suspek yang ada rekod jenayah melibatkan kes penipuan di Kuala Lumpur, juga positif ganja.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline