Last updated Thursday, September 29, 2016 11:19 pm GMT+8

Thursday September 22, 2016
3:18 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

SUNGAI SIPUT, 22 Sept — Kementerian Pendidikan mungkin akan mewajibkan pembinaan bonggol di laluan kawasan sekolah sebagai antara langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Datuk P Kamalanathan berkata walaupun ada tanda amaran dan penjaga lalu lintas namun kemalangan masih berlaku hingga megancam nyawa pelajar. — Foto oleh Azinuddin GhazaliDatuk P Kamalanathan berkata walaupun ada tanda amaran dan penjaga lalu lintas namun kemalangan masih berlaku hingga megancam nyawa pelajar. — Foto oleh Azinuddin GhazaliTimbalan menteri berkenaan Datuk P Kamalanathan berkata tindakan tersebut penting susulan beberapa insiden kemalangan melibatkan pelajar sekolah sehingga meragut nyawa kebelakangan ini.

“Kementerian akan melihat bagaimana untuk memperketat lagi peraturan keselamatan lalu lintas termasuk mewajibkan pembinaan bonggol di hadapan setiap sekolah.

“Kami telah meletakkan tanda amaran, ada penjaga lalu lintas, mengurangkan had laju kepada 30 kilometer sejam dan menebalkan garisan kuning di hadapan sekolah tapi kemalangan masih berlaku hingga melibatkan nyawa pelajar,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Anugerah Dermasiswa Lafarge 2016 di Dewan Tun V. T Sambanthan di sini, hari ini.
    
Kamalanathan turut meminta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) supaya mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan keselamatan di kawasan sekolah sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

“Memang ada penjaga lalu lintas di sekolah tetapi ada juga pemandu yang memandu dengan laju tanpa melihat amaran yang diberikan sehingga perkara ini terjadi,” katanya.

Semalam, seorang murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Medan menemui maut akibat dilanggar treler ketika melintas untuk memasuki perkarangan sekolahnya.

Pada Selasa seorang murid Tahun Empat juga maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan untuk memasuki perkarangan SK Santong di Dungun, Terengganu. 

Pada majlis itu, Kamalanathan turut menyampaikan anugerah dermasiswa Lafarge bernilai RM20,000 kepada 48 pelajar sekolah rendah dan menengah dari lapan sekolah sekitar Chemor dan Sungai Siput.

Beliau turut memuji usaha syarikat simen terkemuka itu yang sentiasa memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah di kawasan setempat selain membaik pulih infrastruktur untuk keselesaan pelajar.

“Kementerian amat mengalu-alukan mana-mana syarikat lain yang ingin memberi sumbangan dan bantuan kepada sekolah di negara ini,” katanya.— Bernama

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline