Monday September 25, 2017
11:11 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Polis Sarawak menahan reman seorang bomoh lelaki yang disyaki mencabul dua beradik dan seorang kanak-kanak. — Paparan skrin GooglePolis Sarawak menahan reman seorang bomoh lelaki yang disyaki mencabul dua beradik dan seorang kanak-kanak. — Paparan skrin GoogleBINTULU, 25 Sept — Seorang bomoh mengarahkan dua gadis mandi bogel sebelum memasukkan jarinya ke faraj mangsa.

Pelajar tingkatan lima menjadi mangsa bomoh, 60, dengan alasan perbuatan itu “ritual” bagi mengubati “penyakit berkaitan jiwa” Jumaat lalu, lapor Harian Metro.

Adik mangsa, 16, dan seorang kanak-kanak, 11, turut menjadi mangsa dalam kejadian pada 10 dan 2 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak berkata perbuatan itu terbongkar apabila pelajar tingkatan lima menceritakan hal sebenar kepada bapanya yang kemudian menumbuk bomoh hingga lebam.

Datuk Dev Kumar berkata bapa mangsa turut mengheret bomoh itu ke balai polis Bintulu sebelum suspek lelaki tersebut direman tujuh hari.

Mengikut Kosmo!, ketiga-tiga mangsa didakwa ada “masalah peribadi” lalu dihantar untuk rawatan di rumah bomoh di kuarters Jalan Tun Hussein Onn di sini.

Kes disiasat bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline