Wednesday November 8, 2017
5:11 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Kira-kira 80 peratus tingkat atas Pasar Besar Seremban musnah dalam kebakaran mengejutkan pada 9 September 2017. ― Foto ihsan Facebook/Reza Razali Kira-kira 80 peratus tingkat atas Pasar Besar Seremban musnah dalam kebakaran mengejutkan pada 9 September 2017. ― Foto ihsan Facebook/Reza Razali SEREMBAN, 8 Nov — Kebakaran besar di tingkat atas pasar utama di sini September lalu disahkan angkara khianat apabila bomba menemui kesan petrol. 

Siasatan mendapati suspek mencurahkan petrol di depan pintu besi Kedai Makanan dan Minuman Seng Hing sebelum menyalakan api, lapor Berita Harian

“Pasukan penyiasat bomba dibantu anjing pengesan menemui lima kesan sisa cecair mudah terbakar di hadapan lot gerai terbabit,” kata pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.  

 

 

Norazam Khamis juga berkata sampel cecair itu disahkan sebagai petrol setelah diuji oleh Makmal Penyiasatan Kebakaran.

“Bomba juga menemui ‘fire starter’ yang belum digunakan di dalam tong sampah di hadapan gerai sama,” katanya lagi.

“Berdasarkan penemuan ini, kita merumuskan punca kebakaran adalah sengaja dibakar dan menyerahkan siasatan lanjut kepada polis.”

Pada 9 September lalu, letupan kuat menggegarkan Pasar Besar Seremban sebelum api marak menjilat bahagian atas dalam insiden kira-kira 7.30 malam.

Tingkat bawah pasar itu menjual barang basah, manakala tingkas atas terdapat antaranya medan selera, kedai pakaian dan buah-buahan.

Kebakaran yang mengejutkan itu memusnahkan 80 peratus bahagian atas. Tindakan pantas bomba dapat mengawal api merebak ke tingkat bawah.  

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline