Sunday January 7, 2018
4:47 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Gereja (kanan) dan kuil di Jalan Hamzah, Kota Baru dilontar objek, dipercayai bom petrol, tengah malam tadi. — Paparan skrin Google Gereja (kanan) dan kuil di Jalan Hamzah, Kota Baru dilontar objek, dipercayai bom petrol, tengah malam tadi. — Paparan skrin Google KOTA BARU, 7 Jan — Gereja dan kuil di Jalan Hamzah di sini dilempar objek keras, dipercayai bom petrol, sehingga cermin bangunan itu pecah.

Objek itu dipercayai dilempar dari Jambatan Sultan Yahya Petra, di depan gereja dan kuil tersebut, kata ketua polis Kelantan seperti dilapor Berita Harian.

Datuk Hasanuddin Hassan juga berkata kesimpulan awal itu berdasarkan cermin gereja yang pecah dan kesan di bangunan kuil, di sebelah gereja tersebut.

"Kita masih menyiasat motif kejadian dan setakat ini, kita masih mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu," katanya.

Kejadian lebih kurang tengah malam tadi dipercayai tiada kaitan dengan pengganas Daesh atau militan Negara Islam (IS).

Siasat dibuat bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan atau kesalahan membencana dan mencemarkan tempat sembahyang orang awam.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline