Sunday August 13, 2017
2:53 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Mesin ATM di bangunan RTC Napoh, Jitra yang diletupkan menggunakan bom buatan sendiri. — Foto ihsan Facebook/Koleksi ViralMesin ATM di bangunan RTC Napoh, Jitra yang diletupkan menggunakan bom buatan sendiri. — Foto ihsan Facebook/Koleksi ViralJITRA, 13 Ogos — Bom buatan sendiri gagal memecahkan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) dalam cubaan rompakan di bangunan RTC Napoh di sini awal pagi tadi.

Anggota forensik mendapati bahagian kiri mesin ATM itu mempunyai kesan letupan dan hangus dalam kejadian pada 2.40 pagi, lapor Harian Metro.

Ketua polis daerah Kubang Pasu berkata kejadian disedari orang awam yang terlihat kepulan asap kecil di bangunan itu sebelum menghubungi pihak berkuasa.

"Hasil siasatan mendapati suspek disyaki menggunakan bom buatan sendiri yang diselitkan di pintu mesin ATM untuk meletupkannya," kata Supt Mohd Ismail Ibrahim.

"Bom yang digunakan gagal meletupkan mesin ATM berkenaan menyebabkan suspek melarikan diri dan pihak forensik sudah mengambil sampel belerang yang ditemui di kedua-dua tempat untuk membantu siasatan."

Katanya rakaman CCTV akan dianalisis ekoran kerosakan pada kotak kamera pada mesin ATM itu. Kes disiasat bawah Seksyen 457/436 Kanun Keseksaan dan tiada tangkapan setakat ini.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline