Saturday January 13, 2018
11:27 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Seorang koperal polis dituduh berkelakuan tidak sopan di Mahkamah Majistret Melaka kerana didakwa berbogel dengan anak gadis jirannya. — Paparan skrin GoogleSeorang koperal polis dituduh berkelakuan tidak sopan di Mahkamah Majistret Melaka kerana didakwa berbogel dengan anak gadis jirannya. — Paparan skrin GoogleBANDARAYA MELAKA, 13 Jan — Seorang koperal mengaku tidak bersalah atas tuduhan berbogel depan anak jirannya.

P. Maniam, 49 tahun, didakwa berkelakuan kurang sopan dengan berbogel untuk dilihat seorang gadis, 17 tahun, dan bapanya, 57 tahun, lapor Harian Metro.

Anggota polis itu kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh berikutan dakwaan kejadian di Taman Saujana Indah, Bukit Katil pada 18 dan 25 April 2017, jam 5.30 petang.

Tertuduh, tidak diwakili peguam, didakwa bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil 1955 dan boleh didenda RM100, jika disabitkan. Kes disebut semula 8 Februari ini.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline