Friday May 12, 2017
5:39 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Datuk Chong Sin Woon menggesa pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengajaran menyatakan maklum balas mereka melalui saluran sesuai. — Foto oleh Saw Siong FengDatuk Chong Sin Woon menggesa pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengajaran menyatakan maklum balas mereka melalui saluran sesuai. — Foto oleh Saw Siong FengKUALA LUMPUR, 12 Mei — Seorang guru yang mengajar bahasa Inggeris tanpa menggunakan bahasa itu sepenuhnya akan disiasat Kementerian Pendidikan.

Cara pengajarannya itu terbocor selepas dirakam oleh seorang murid dengan menggunakan jam pintar. Susulan itu, guru itu terpaksa memohon maaf.

Timbalan Menteri Datuk Datuk Chong Sin Woon mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan menyiasat walau belum ada aduan rasmi. 

"Cara guru itu memohon maaf kepada itu cukup buruk, ia bukan sahaja merosakkan semangat sekolah, malah bagaimana guru itu ingin terus mengajar murid itu?" katanya seperti dilapor akhbar Guang Ming Daily.

Rakaman secara rahsia dibuat di sebuah sekolah rendah aliran Cina di Seremban sebelum ia tersebar di Facebook.

Chong juga dilaporkan menggesa pelajar yang tidak berpuas hati dengan pengajaran menyatakan maklum balas mereka melalui saluran yang sesuai.

* Baca seterusnya di Malay Mail Online.

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline