Wednesday May 17, 2017
10:50 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

David ditampar oleh pelakon veteran Sulaiman Yassin selepas gagal mendapat peluang berucap di majlis itu. ― Paparan skrin YouTubeDavid ditampar oleh pelakon veteran Sulaiman Yassin selepas gagal mendapat peluang berucap di majlis itu. ― Paparan skrin YouTubePUTRAJAYA, 16 Mei — Ketua pegawai eksekutif MiG David Teo ditampar di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis yang diadakan malam ini.

David ditampar oleh pelakon veteran Sulaiman Yassin selepas gagal mendapat peluang berucap di majlis itu.

 

 

Penerbit berkenaan mendakwa Datuk Rosyam Nor selaku moderator pada majlis itu hanya memberi peluang kepada hadirin yang berada di hadapan untuk berucap.

David dan Sulaiman kemudiannya bersalaman di hadapan Najib di penghujung majlis menandakan mereka sudah berdamai.

Sulaiman yang popular dengan panggilan Mat Over mendakwa kejadian itu adalah gimik pada majlis tersebut.

Bagaimanapun David menafikan dakwaan Sulaiman berhubung perkara itu.

* Baca selanjutnya di Malay Mail Online.

 

 

Lagi Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline