Thursday April 20, 2017
9:57 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Anzalna berkata tempoh setahun masih belum puas untuk mencurahkan kasih kepada suami. — Foto oleh Choo Choy MayAnzalna berkata tempoh setahun masih belum puas untuk mencurahkan kasih kepada suami. — Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR, 20 April ― Pelakon Anzalna Nasir menasihatkan wanita bergelar isteri agar tidak bergantung harap sepenuhnya pada suami.

Anzalna, 29, berkata walaupun menikmati kebahagiaan dalam berumah tangga namun tiada siapa dapat menjangka apa yang berlaku di kemudian hari.

“Lelaki boleh berubah tiba-tiba. Walaupun saya nampak Hanif sangat sempurna dan tidak buat masalah langsung. Saya seperti wanita terbahagia di dunia.

“Bagaimana jika suami kita meninggal dunia? Perlu ada duit dan harta sendiri seperti rumah dan kereta atas nama kita.

“Supaya, bila ditendang suami, kita ada tempat berteduh,” katanya kepada pemberita sambil mengukir senyuman.

 

Pelakon drama Memori Cinta Suraya sah bergelar isteri kepada Mohamad Hanif Mohamad Zaki Februari tahun lalu.

Mereka berkahwin selepas sepuluh tahun menjalinkan ikatan persahabatan.

Anzalna berkata selain menyediakan aset di kemudian hari, wanita bekerja pada masa kini adalah untuk mengurangkan beban suami.

“Saya bekerja untuk duit saya membeli belah. Tidaklah suami kata saya hanya goyang kaki sahaja,” katanya.

 

 

The happiness of being @hanif_zaki 's wife 😊

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Diajukan soalan mengenai cahaya mata selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon filem Sepah The Movie tenang dan tidak mudah melatah.

Katanya, segalanya diserahkan kepada Allah namun tempoh setahun masih belum puas untuk mencurahkan kasih kepada suami.

“Saya tidak merancang sebab katakanlah saya merancang tahun depan, tetapi tidak ada, kami akan kecewa. Saya sekarang bertenang dan nikmati kehidupan.

“Bila orang tanya soal anak, maknanya mereka mengambil berat. Kami tidak boleh rasa tertekan tetapi berasa mereka mengambil berat.

“Ia seperti jodoh, Allah tentukan. Kalau ada, alhamdulillah.

“Perkahwinan kami masih awal. Dalam masa setahun ini pun rasa tidak puas bersama suami,” katanya.

Video Hangat

Video Hangat

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline