Wednesday January 11, 2017
12:00 PM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Terkenal melalui filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha kini tidak lagi berminat berlakon dan sengaja meletakkan syarat bukan-bukan kepada penerbit. — Foto oleh Yusof Mat Isa Terkenal melalui filem ‘Ali Setan’, Azmil Mustapha kini tidak lagi berminat berlakon dan sengaja meletakkan syarat bukan-bukan kepada penerbit. — Foto oleh Yusof Mat Isa SHAH ALAM, 11 Jan — Bosan untuk kembali ke dunia seni, Azmil Mustapha sengaja meminta bayaran bukan-bukan, RM100,000 sehari untuk berlakon sebuah drama.

Pelakon veteran itu, terkenal dengan watak mahasiswa bergelar Ali Setan, terpaksa meletakkan harga tinggi agar penerbit berputus asa memujuknya menerima tawaran tersebut.

"Mereka tidak putus asa pujuk dan WhatsApp saya. Saya senang saja. [Saya] cakap tidak hendak, dia tidak faham. Saya katalah ‘setuju’ tapi saya kata dengan satu syarat.

“Saya hendak satu hari gaji saya RM100,000,” kata hero filem “Ali Setan”, yang berhijrah sebagai penceramah agama mulai tahun 2000, kepada media semalam.

Tawaran tersebut, tambahnya, diberikan dua tahun dulu dan syarikat penerbitan drama yang tidak dinamakan terpaksa akur dengan keputusannya.

Azmil, yang bersara sejak 1998, kali terakhir berlakon pada filem “Puteri Gunung Ledang” setelah dipujuk penerbitnya Tiara Jacquelina, 13 tahun dulu.

Namun pelakon filem “Mekanik” itu kagum dengan Tiara kerana sanggup memenuhi 10 syaratnya untuk menerima tawaran tersebut.

“Tiara datang dengan suaminya berjumpa saya. Dia setuju dengan 10 syarat saya tanpa tawar-menawar.

“Saya terima, lagi pula Tiara kawan lama saya dan Datuk M Nasir pun berlakon. Saya minat dengan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Azmil, 64, akan mempertimbangkan jika menerima sebarang tawaran dalam penerbitan dokumentari berunsur Islam.

“Kalau dalam dokumentari Islamik, tiada masalah. Tetapi bukanlah di depan [kamera] kerana saya lebih berminat di belakang tabirlah,” katanya lagi.

Azmil ditemui di sini selepas membentangkan rancangannya untuk membina pusat pendidikan lanjutan bagi pelajar tahfiz di Mantin, Negeri Sembilan.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline