Last updated Saturday, December 10, 2016 9:01 am GMT+8

Friday December 2, 2016
10:08 AM GMT+8

Iklan

Lagi berita

Sheila, 51, berkata media seharusnya bijak memilih artis yang wajar diberikan liputan berdasarkan kualiti yang ditonjolkan. ― Foto oleh Choo Choy MaySheila, 51, berkata media seharusnya bijak memilih artis yang wajar diberikan liputan berdasarkan kualiti yang ditonjolkan. ― Foto oleh Choo Choy MayPUTRAJAYA, 2 Dis ― Media perlu memberikan liputan kepada artis berdasarkan bakat seni dan bukan berdasarkan populariti semata-mata, kata Datuk Sheila Majid.

Ratu jazz negara berkata publisiti terhadap “artis media sosial” misalnya tidak wajar kerana mereka belum terbukti mempunyai hasil kerjaya seni.

“Kita perlu didik masyarakat, wartawan perlu tapis. Sekarang, semua pun artis [ada pengikut ramai di media sosial].

“Artis adalah orang berseni. [Pengikut ramai] itu popular. Beza jadi popular atau jadi karyawan.

“Kamu [artis] mahu masuk surat khabar? Kamu kena pastikan kamu layak ditulis di surat khabar untuk orang ramai baca dan kamu ada bakat.

“Itu perlu dikembalikan kerana sekarang ini semuanya artis,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Anlene “Move As Young As You Feel” di sini, semalam.

 

Pemilik nama Shaheila Abdul Majid berkata liputan terpilih akan lebih dihargai artis mahupun masyarakat seperti mana zamannya pada era 1980-an.

Katanya, liputan media pada awal pembabitannya tidak seluas hari ini dan ia diberikan berdasarkan pencapaian seseorang artis.

“Zaman dulu seronok dan penulis menulis berita tentang kami [penggiat seni] bukan kerana kami tidak popular.

“Dahulu hendak masuk majalah memang susah, kamu kena capai sesuatu dan itu membuatkan kamu dipandang.

“Masa itu gembiranya Tuhan saja yang tahu [bila] masuk surat khabar. Sekarang ini sudah macam tiada masalah,” katanya.

Sheila, 51, berkata media seharusnya bijak memilih artis yang wajar diberikan liputan berdasarkan kualiti yang ditonjolkan.

Katanya, dengan kesukaran mendapat liputan media seseorang artis itu akan bekerja keras untuk menghasilkan yang terbaik.

“Macam di Indonesia, kenapa artis di sana masuk sini senang sangat? Kenapa kita [di Indonesia] susah sangat? Wartawan Indonesia sangat kedekut.

“Datang sidang media penuh, kamu pun gembira, tapi esok kamu tengok dia tulis [berita] ke tidak.

“Kalau kamu sama seperti artis-artis lain [tiada kelainan], buat apa dia nak promosi kamu, baik dia promosi artis dia.

“Itulah caranya kita kena bawa kualiti artis kita, yang bawah perlu kerja keras untuk berada di atas. Macam itulah,” katanya.

LAGI VIDEO DI MMOTV

Iklan

MMO Instagram

Tweets by @themmailonline